PM Anwar hulur sumbangan kepada veteran ATM, antara wira pernah berkorban demi tanah air

LocalPolitics
7 Sep 2025 • 4:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Rawi Hussin, yang menghidap penyakit saraf.

Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, yang mewakili PM Anwar, ketika mereka tiba di kediaman Mohd Rawi di Taman Balok Pantai, Kuantan, veteran itu tidak dapat menahan sebak, dengan air mata terus mengalir sebaik disapa.

“Beliau seorang veteran ATM yang menghidap penyakit saraf, namun kekal sabar dan tabah menghadapi kehidupan sehari-hari,” kata Ahmad Farhan.

image is not available

PM Anwar hulur sumbangan kepada veteran ATM

Tambah beliau, Hari Malaysia bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi juga ruang untuk mengenang jasa para pejuang bangsa.

“Pakcik Rawi adalah antara wira itu yang pernah berkorban demi tanah air, membolehkan kita hari ini hidup dalam suasana aman dan merdeka,”kongsinya.

Bagi pihak Perdana Menteri, sumbangan tunai serta bakul makanan disampaikan sebagai tanda kasih dan penghargaan.

“Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau jauh lebih besar daripada apa sahaja yang mampu kita balas.

image is not available

image is not available

Ahmad Farhan turut mendoakan supaya Mohd Rawi dikurniakan kesihatan, kekuatan dan ketenangan serta menjadikan pengorbanannya sebagai amal jariah yang berkekalan.

Sumber: FB Farhan Fauzi