PM ucap tahniah Anutin, jemput lawatan kerja ke Malaysia

LocalPolitics
7 Sep 2025 • 10:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar mengucapkan tahniah kepada Anutin Charnvirakul atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Anutin Charnvirakul atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.

Dalam hantaran di Facebook pada Ahad, Anwar menzahirkan kegembiraan kerana Anutin merupakan sahabat lama yang sentiasa bersama susah dan senang.

Anwar turut menjemput Anutin untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu penting.

“Antara yang akan dibincangkan termasuk pengukuhan hubungan dua hala, perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama dalam kerangka ASEAN,” katanya.

Menurut Anwar, Anutin memaklumkan bahawa upacara angkat sumpah jawatan akan berlangsung dalam tempoh seminggu.

“Perdana Menteri Anutin menantikan peluang untuk berjumpa saya sejurus selepas itu,” ujarnya.

Anwar menegaskan Malaysia komited memperkukuh hubungan erat dengan Thailand demi kestabilan, keselamatan dan kemakmuran bersama.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kerjasama kedua-dua negara akan terus diperkukuh di bawah kepimpinan baharu Thailand.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved