PM Anwar jawab isu DNAA Ahmad Zahid di Dewan Rakyat 19 September 2023

Politics
18 Sep 2023 • 3:06 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PM Anwar jawab isu DNAA Ahmad Zahid di Dewan Rakyat 19 September 2023

zulfadli

18/09/2023 - 15:06

KUALA LUMPUR 18 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab segala persoalan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen, esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan perkara itu ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) di Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin menanyakan sama ada Perdana Menteri akan menjawab mengenai isu keputusan DNAA Presiden Umno itu.

Azalina berkata, sesi itu berkemungkinan akan mengambil berlaku pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.

"(Ahli Parlimen) Kota Bharu bertanyakan sama ada Perdana Menteri akan menjawab sebab tuan badan ada di sini, bagi tangan 'good' itu dia (Anwar) akan jawab esok Insya-Allah jam 2.30 hingga 3 petang.

image is not available
Datuk Seri Azalina Othman Said

"Jadi soalan-soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita akan menentukan bahawa kita perlu berlaku adil," katanya ketika Anwar memasuki Dewan Rakyat. - DagangNews.com