PM Anwar Kenang Jasa Pemandu Teksi Bantu Perjuangan Reformasi 1998

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 11:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PM Anwar Kenang Jasa Pemandu Teksi Bantu Perjuangan Reformasi 1998

Jasa pemandu teksi yang tampil membantu perjuangan reformasi pada 1998 ketika ramai pihak memilih untuk menjauh masih segar dalam ingatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keikhlasan golongan itu yang memberikan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan menjadi antara kenangan yang terus dihargainya hingga hari ini.

“Saya turut mengimbau kenangan sewaktu saya melalui detik-detik paling getir dalam perjuangan reformasi pada tahun 1998. Ketika ramai memilih untuk menjauh, sebahagian pemandu teksi tampil membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan. Jasa dan ketulusan mereka kekal terpahat dalam ingatan saya hingga ke hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook selepas menghadiri majlis peluncuran Bantuan Khas Kewangan RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di sini, hari ini.

Menurut Anwar, bantuan berkenaan merupakan usaha Kerajaan MADANI untuk meringankan beban golongan terbabit yang sekian lama berdepan pelbagai cabaran, termasuk persaingan dalam industri dan peningkatan kos sara hidup.

Katanya, hasil yang dijana negara perlu dikembalikan kepada rakyat supaya mereka turut menikmati manfaat daripada kemakmuran ekonomi.

Beliau berkata, ketika kedudukan kewangan negara semakin mengukuh, kerajaan bertanggungjawab memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai golongan pekerja yang selama ini menyumbang kepada kekuatan ekonomi negara.

Baca juga:

“Justeru, prinsip inilah yang akan terus mendasari perjuangan Kerajaan MADANI, yakni menghargai setiap sumbangan, membela yang memerlukan dan memastikan tiada siapa yang tertinggal dalam arus pembangunan negara,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved