PM Anwar: Kerajaan peruntuk RM10 juta bantuan usahawan mikro berpendapatan rendah melalui iTEKAD

Politics
22 Aug 2023 • 12:37 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PM Anwar: Kerajaan peruntuk RM10 juta bantuan usahawan mikro berpendapatan rendah melalui iTEKAD

zulfadli

22/08/2023 - 12:37

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk program iTEKAD bagi membolehkan usahawan mikro berpendapatan rendah mendapat akses kepada pembiayaan bagi memulakan dan meneruskan perniagaan.

Perdana Menteri berkata, dana awal RM4 juta sudah digunakan dan bakinya diteruskan dengan menggesa lebih banyak penyertaan daripada bank.

"Ketika ini sudah ada penyertaan 11 bank dan saya harap ditingkatkan menjadi 20 bank mengambil bahagian.

"Dengan kejayaan program ini, diharap ia dijadikan model oleh kementerian, agensi kerajaan... termasuk majlis agama melalui badan zakat di negeri masing-masing," katanya dalam ucaptama Majlis Jalinan Kerjasama iTEKAD di Sasana Kijang di sini, hari ini, lapor Berita Harian.

image is not available

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Na'im Mokhtar; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Gabenor Bank Negara, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour. - DagangNews.com