PM Anwar Mohon DAP Melaka Tangguh Keputusan Keluar Daripada Kerajaan Negeri

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 6:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PM Anwar Mohon DAP Melaka Tangguh Keputusan Keluar Daripada Kerajaan Negeri

PM Anwar Mohon DAP Melaka Tangguh Keputusan Keluar Daripada Kerajaan Negeri

PORT DICKSON, 14 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon DAP Melaka menangguhkan keputusan parti itu untuk keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri bagi memberikan tumpuan pada pembangunan dan kebajikan rakyat.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata perkara itu telah dibincangkan bersama-sama Setiausaha Agung DAP Anthony Loke serta Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan berharap rundingan dapat diteruskan bagi mencapai penyelesaian yang terbaik.

“Perkara itu sudah saya cakap dan tanya dengan Menteri (Pengangkutan Anthony) Loke, dengan DAP (Melaka) dan juga Ketua Menteri supaya mereka runding dahulu … tangguh sekejap, supaya kita boleh buat kerja dengan kerajaan negeri sehingga pilihan raya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelabuhan Midport - Pelabuhan Kontena Pintar berkuasa Kecerdasan Buatan (AI) di Port Dickson, di sini hari ini.

Anwar berkata perbezaan pandangan dalam kalangan parti komponen kerajaan ialah perkara biasa, namun perkara itu tidak seharusnya menjejaskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat.

“Walaupun ada dua, tiga perkara yang tidak dipersetujui, tidak mengapa. Sekarang ini, banyak perkara yang kita tidak setuju bersama, tetapi dari segi dasar untuk pertumbuhan ekonomi dan rakyat, kita teruskan.

“Jadi, saya harap mereka pertimbangkan (untuk menangguhkan dahulu),” kata beliau.

Perdana Menteri berkata langkah itu penting bagi memastikan kerajaan negeri dapat meneruskan tugas dan tanggungjawabnya dengan tenang sehingga selesai pilihan raya.

DAP Melaka hari ini mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri serta-merta selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka meluluskan pindaan Perlembagaan Negeri bagi membolehkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara lantikan.

Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata keputusan itu selaras dengan pendirian parti yang menolak rang undang-undang berkenaan kerana didakwa bercanggah dengan prinsip demokrasi dan pilihan raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved