Keluar kerajaan Melaka? PM Anwar minta DAP tangguh keputusan -“Kalau boleh runding dulu…”

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 8:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta DAP Melaka mempertimbangkan semula keputusan untuk keluar daripada kerajaan negeri Melaka selepas parti itu mengumumkan penarikan diri berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, perkara itu wajar dirundingkan terlebih dahulu demi memastikan urusan pentadbiran negeri dan pembangunan ekonomi dapat diteruskan.

Beliau memaklumkan telah mengadakan perbincangan bersama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung perkara berkenaan.

Image from: Keluar kerajaan Melaka? PM Anwar minta DAP tangguh keputusan -“Kalau boleh runding dulu…”

“Saya tadi berbincang dengan Anthony Loke dan juga Ketua Menteri. Kalau boleh runding dulu supaya tangguh sekejap, supaya kita boleh buat kerja dengan soal negeri.
“Saya ingin pilihan raya dulu sebaiknya. Walaupun ada dua tiga perkara tidak bersetuju, tidak mengapa.
“Sekarang ini banyak benda kita tidak setuju sama-sama, tetapi dari segi dasar untuk pertumbuhan ekonomi dan rakyat kita teruskan. Jadi saya harap mereka pertimbangkan,” katanya.

Image from: Keluar kerajaan Melaka? PM Anwar minta DAP tangguh keputusan -“Kalau boleh runding dulu…”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Midport Smart AI Container Port di Mukim Pasir Panjang, hari ini.

Artikel lain: DAP sah keluar kerajaan Melaka, Khoo tanya -“Bila Akmal nak letak jawatan?”

Terdahulu, DAP Melaka mengumumkan keputusan keluar daripada kerajaan negeri selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang membolehkan pelantikan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan eksekutif.

Image from: Keluar kerajaan Melaka? PM Anwar minta DAP tangguh keputusan -“Kalau boleh runding dulu…”

Image from: Keluar kerajaan Melaka? PM Anwar minta DAP tangguh keputusan -“Kalau boleh runding dulu…”

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong turut memaklumkan semua wakil parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri melepaskan jawatan masing-masing berkuat kuasa serta-merta.

Sumber:  NST

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved