PM Anwar mohon doa rakyat Malaysia, harap Sidang Kemuncak ASEAN berjalan lancar

LocalPolitics
26 Oct 2025 • 12:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mohon doa rakyat Malaysia agar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berjalan lancar serta mencapai keputusan yang bermakna.

image is not available

Mohon doa rakyat Malaysia untuk kelancaran

Anwar berkata, Malaysia beriltizam memastikan sidang kemuncak yang bermula hari ini hingga 28 Oktober itu menjadi platform penting dalam memperkukuh perpaduan, memacu pertumbuhan serantau serta menegaskan peranan ASEAN sebagai pusat kestabilan dan kemakmuran.

“Mohon titipan doa daripada seluruh rakyat agar segala urusan dipermudah-Nya, insya-Allah,” katanya.

Mohon doa rakyat Malaysia

Terdahulu, Anwar menghadiri pramesyuarat sebagai persiapan terakhir menjelang sidang kemuncak tersebut yang berlangsung di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Sidang kemuncak kali ini juga mencatat sejarah sebagai antara perhimpunan terbesar blok ASEAN, dan menandakan kali kelima Malaysia memegang tampuk kepengerusian sejak penubuhannya pada tahun 1967.

image is not available

Trump sudah tiba di Malaysia

Pagi tadi, Anwar telah menyambut ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

image is not available

Difahamkan beliau akan berada di Malaysia selama dua hari dan menyertai dialog peringkat tinggi dan menyaksikan pemeteraian KL Accord – perjanjian damai penting antara Thailand dengan Kemboja yang bertujuan menamatkan pertikaian sempadan dua negara selama beberapa dekad.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim