PM Anwar nafi pilih kasih! Kelantan, Kedah & Terengganu terima peningkatan peruntukan

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 11:28 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan terdapat negeri yang dianaktirikan dalam agihan peruntukan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya menegaskan setiap negeri menerima peruntukan berdasarkan keperluan pembangunan dan kebajikan rakyat, bukan jumlah hasil cukai yang disumbangkan.

Tak dianaktirikan atau dipinggirkan

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, beliau menyatakan dakwaan kononnya kerajaan mengamalkan layanan tidak adil terhadap negeri tertentu adalah tidak berasas kerana semua negeri menerima peningkatan peruntukan berbanding sebelum ini mengikut keperluan masing-masing.

“Tidak benar sama sekali tohmahan negeri-negeri tertentu dianaktirikan atau dipinggirkan.

“Kalau nak banding, saya nak tegaskan di sini bahawa Kerajaan Madani lah di mana peruntukan tertinggi untuk negeri-negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan, ketimbang sebelumnya.

“Kita pertahankan keputusan ini berdasarkan keperluan yang mendesak, termasuk projek tebatan banjir, menaik taraf lebuh raya dan jalan baharu, Projek Pan Borneo Sabah dan Sarawak, kemudahan bekalan air, saliran, pembasmian kemiskinan, sekolah serta pembangunan infrastruktur,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Image from: PM Anwar nafi pilih kasih! Kelantan, Kedah & Terengganu terima peningkatan peruntukan

Peruntukan sebenarnya tidak adil

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang meminta penjelasan mengenai dakwaan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri tidak adil dan tidak mencukupi berbanding hasil yang dikutip.

Anwar turut mengemukakan beberapa angka bagi menunjukkan negeri seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu menerima peruntukan jauh lebih tinggi berbanding hasil cukai yang disumbangkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Bagi Kedah pula, purata hasil cukai yang diterima Kerajaan Persekutuan ialah RM3.7 bilion, manakala perbelanjaan berjumlah RM9.5 bilion.
“Terengganu pula menyumbang sekitar RM2.2 bilion hingga RM2.4 bilion termasuk hasil minyak, namun menerima peruntukan RM7.8 bilion dalam tempoh yang sama,” katanya.

Image from: PM Anwar nafi pilih kasih! Kelantan, Kedah & Terengganu terima peningkatan peruntukan

Beliau menjelaskan Selangor dan Pulau Pinang pula merupakan pengecualian kerana kedua-dua negeri mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh serta menyumbang kutipan hasil cukai yang tinggi kepada Kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Anwar berkata persetujuan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak berhubung pengurusan pelabuhan menjadi satu pencapaian bersejarah apabila kerajaan negeri itu menyerahkan bayaran tunai RM1.8 bilion kepada Kerajaan Persekutuan hasil rundingan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Ini merupakan rekod dalam sejarah kerana kali pertama sebuah kerajaan negeri menyerahkan cek tunai kepada Kerajaan Persekutuan hasil rundingan yang dibuat secara baik dan menghormati hak kedua-dua pihak,” katanya.

Sumber: Malaysia Gazette ( Muhammad Azizul Osman)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved