PM Anwar seru majikan lebih prihatin, ihsan nasib pekerja

LocalPolitics
1 May 2026 • 1:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketike meninggalkan majlis selepas menghadiri Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil hari ini. - Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru majikan supaya lebih prihatin serta berihsan dalam memastikan kebajikan pekerja terus terbela.

Beliau berkata keamanan dan pembangunan pesat negara mesti bergerak seiring dengan jaminan kesejahteraan semua lapisan masyarakat termasuk pekerja.

“Negara ini harus aman, negara ini harus membangun dan maju… tetapi harus juga jamin nasib pekerja itu terbela. Ini utama,” kata Anwar ketika menyampaikan amanat pada Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata pencapaian ekonomi negara ketika ini membanggakan antara lainnya mencatatkan kadar pertumbuhan pesat, pelaburan tertinggi dalam sejarah, kadar pengangguran rendah serta prestasi ringgit yang kukuh di Asia.

Namun, beliau membangkitkan persoalan sama ada golongan pekerja, khususnya di peringkat bawahan dan pertengahan menerima pembelaan yang sewajarnya dengan perkembangan tersebut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved