PM Anwar tak boleh terima rakyat Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 3:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia sepatutunya tonjolkan bahasa kebangsaan

Memetik laporan daripada Astro Awani, beliau menyatakan sukar menerima hakikat jika masih ada rakyat negara ini yang tidak fasih berbahasa Melayu meskipun ia sudah termaktub sebagai bahasa kebangsaan.

“Kita mesti tonjolkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Saya tidak terima rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu.
Tetapi pada masa sama, tahap penguasaan bahasa Inggeris terlalu kritikal, sangat penting untuk negara ini,” ujar.

image is not available

Pentingkan bahasa kebangsaan, tapi rakyat Malaysia jangan pinggir bahasa lain

Anwar menambah, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu melipatgandakan usaha bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, terutamanya di peringkat universiti, tanpa menjejaskan kedudukan bahasa kebangsaan.

Perkara itu beliau sampaikan ketika berucap di Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Jubli Emas ke-50 Ambank Group, pada Selasa.

Selain menekankan kepentingan bahasa Melayu dan Inggeris, Anwar juga mengingatkan agar bahasa lain seperti Mandarin, Tamil, Arab dan Perancis tidak dipinggirkan.

“Kalau kita benar percaya bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum, maka tidak ada alasan untuk meminggirkan usaha meningkatkan penguasaan bahasa lain. Itu sepatutnya jadi sikap kita,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memberi peringatan supaya rakyat menolak politik perkauman sempit yang sering dimainkan oleh segelintir pihak demi kepentingan tertentu.

“Kita tidak boleh benarkan minoriti yang terdesak menggunakan isu perkauman atau sentimen agama untuk menentukan hala tuju negara.
Malaysia hanya akan berjaya jika setiap warganya iaitu Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan dan lain-lain merasakan mereka dilindungi dan dihargai,” jelas Anwar.

image is not available

Menurutnya, kejayaan Malaysia hanya mampu dicapai menerusi dasar keterangkuman yang melibatkan semua kaum dalam pembangunan negara, bukan hanya tertumpu kepada kaum majoriti.

Sumber: Astro Awani (Asyraf Malik)