PM Anwar tegaskan, kerajaan adil kepada semua rakyat tanpa kira minoriti atau majoriti

LocalPolitics
20 Aug 2025 • 11:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap dasar dan pendekatan dilaksanakan secara adil kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum majoriti atau minoriti.

image is not available

Kerajaan adil kepada semua rakyat, untuk pastikan negara selamat

Menerusi laporan daripada Bernama, beliau menyatakan bahawa keadilan kepada majoriti dan minoriti adalah jaminan untuk memastikan negara berada dalam keadaan selamat.

“…kalau nak kita selamatkan negara, kena jamin tentunya keadilan bagi yang majoriti dan minoriti. Kita tidak mahu tyranny of the majority, kita tidak mahu tyranny of the minority. Pendekatan itu harus lebih adil,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, hari ini.

image is not available

Adil kepada semua rakyat tak kira majoriti atau minoriti

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan kerajaan sentiasa terbuka mendengar pandangan rakyat menerusi dialog berterusan dan berjanji sebarang kelemahan akan diperbaiki melalui Belanjawan 2026.

“Apa-apa kelemahan kita baiki dalam belanjawan (Belanjawan 2026). Kita sekarang dengar semua pandangan, dalam belanjawan kita akan ubah suai dan perbaiki.

“Tidak semestinya apa yang kita lakukan (sekarang) semua sempurna, ada kelemahan. Sebab itu dialog mesti diteruskan,” ujarnya.

image is not available

Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan itu turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Sumber: Bernama