RXZ Members 7.0 Terima Sokongan Kerajaan Madani, PMX Salur RM100,000

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 9:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Menjelang tiga hari lagi himpunan Program RXZ Members 7.0 2025 di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu, kerajaan mengumumkan berita baik kepada peserta RXZ Members semalam apabila menyalurkan peruntukan awal RM100,000 kepada program itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan MADANI mengiktiraf peranan serta sumbangan komuniti permotoran sebagai pemangkin semangat kebersamaan.

image is not available

Beliau menyifatkan program itu akan menjadi platform utama yang menghimpunkan peminat dan penggiat permotoran dari seluruh negara, sekali gus mengangkat potensi industri permotoran ke tahap lebih tinggi.

"Selaras dengan tekad kerajaan MADANI untuk memastikan kesejahteraan rakyat, aspek keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan.

"Justeru, saya menyeru semua peserta dan penganjur supaya mematuhi peraturan jalan raya, mengamalkan sikap bertanggungjawab, serta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa demi menjamin kelancaran dan keselamatan sepanjang acara berlangsung.

"Bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang program, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah diarahkan untuk memberikan bantuan dan kawalan sewajarnya," katanya.

Program RXZ Members 7.0 2025 akan berlangsung pada Sabtu ini di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu.