Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan terus berikhtiar sedaya upaya bagi memartabatkan kedudukan Islam dalam negara, selari dengan kerangka Perlembagaan dan semangat Malaysia MADANI. Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar berkata Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) merupakan medan penting yang menyatukan kerjasama antara institusi Raja dan kerajaan dalam menyelaras hal ehwal Islam. Tambah beliau, peranan MKI amat penting dalam memperkasa pembangunan insan yang berteraskan ihsan, adab dan ilmu demi menjulang nilai Karamah Insaniah dalam masyarakat. Terdahulu, Anwar menghadiri Mesyuarat MKI ke-73 yang dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar serta ahli-ahli MKI dari pelbagai negeri dan latar kepakaran. Artikel lain: Jika negara tak ada cukai, gaji penjawat awam pun susah dinaikkan – PM Anwar Difahamkan, kerajaan melalui MKI bertekad memastikan pelaksanaan dasar berkaitan Islam kekal relevan dan berpaksikan nilai kemanusiaan serta kemajuan masyarakat. Sumber: Facebook Anwar IbrahimKerajaan akan terus martabat kedudukan Islam
“Kerajaan akan terus berikhtiar dengan sedaya upaya dan kapasiti yang ada untuk memartabatkan kedudukan Islam dalam kerangka perlembagaan dan semangat Malaysia MADANI,” ujarnya.

Martabat kedudukan Islam selari dengan kerangka perlembangaan
“Mesyuarat MKI menjadi medan penting antara institusi Raja dan kerajaan dalam menyelaras hal ehwal Islam di negara ini,” katanya lagi.



