PM Anwar tegaskan kerajaan tak halang rakyat bersuara -“Tapi mahu protes isu apa?”

LocalPolitics
5 Sep 2025 • 5:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tak halang rakyat untuk mengadakan protes selagi ia dibuat secara sah serta tidak membabitkan keganasan, ugutan atau fitnah.

image is not available

Tak halang rakyat untuk bersuara

Menurut laporan daripada Berita Harian, Anwar menyatakan rakyat bebas menyuarakan pandangan namun tindakan melampau seperti membakar rumah pemimpin atau menyebarkan tuduhan palsu tidak boleh diterima.

“Kita tidak (akan) menghalang, tapi mahu protes isu apa?

“Sedangkan sekarang elaun menteri dipotong, gaji menteri tidak ambil, minyak turun, peruntukan kepada rakyat bertambah dan lain-lain sudah diumumkan dan kita boleh pertimbangkan dalam belanjawan.

“Tetapi untuk memperoleh semua itu… negara kena aman, kerja kena kuat dan ekonomi kena berkembang,” katanya.

image is not available

Tak halang rakyat bersuara tapi jangan melampau

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebarangkalian protes seperti di Indonesia berlaku di Malaysia.

Anwar menambah, kerajaan fokus memastikan negara kekal aman, ekonomi berkembang dan pelaburan terus masuk kerana kestabilan negara memberi kesan langsung kepada rakyat.

“Tidak ada salah rakyat mengemukakan apa jua pandangan tetapi jangan hingga bakar rumah ketua (pemimpin) ataupun yang membuat tindakan yang melanggar undang-undang.

“Jika itu berlaku, polis ambil tindakan. Ada orang kata ini mengekang kebebasan, itu tidak betul.

“Begitu juga fitnah, tuduhan kononnya sokong Israel atau jadi ejen Israel, itu semua biadab, tidak berakhlak,” katanya.

image is not available

Terdahulu, protes di negara jiran yang bermula Isnin lalu akibat kemarahan rakyat terhadap elaun mewah diterima Ahli Parlimen telah mengejutkan dunia.

Difahamkan, protes tercetus di seluruh Indonesia termasuk Jakarta, selepas rakaman video menunjukkan Affan Kurniawan, seorang pemandu p-hailing dilanggar dan digilis kenderaan polis ketika demonstrasi menuntut gaji lebih adil dan menentang keistimewaan mewah wakil rakyat.

Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di hadapan ibu pejabat pasukan elit Brimob, yang didakwa menyebabkan kematian Kurniawan.

Sumber: Berita Harian (Mahani Ishak)