Pejabat Dewan Perwakilan Indonesia Di Makassar Dibak*r Dalam Protes, Tiga Maut

WorldPolitics
30 Aug 2025 • 2:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh di media sosial kini apabila ribuan rakyat Indonesia mengadakan protes dan demonstrasi untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan negara itu.

Keadaan bertambah buruk apabila rakyat negara itu merusuh setelah seorang pemandu teksi motosikal (Ojol) yang sedang bekerja telah maut selepas dirempuh oleh kenderaan taktikal Kor Briged Bergerak Polis Metropolitan Jakarta pada Khamis lalu.

Susulan kejadian yang menyebabkan pemandu ojol itu maut, rusuhan tersebut dilihat telah merebak ke daerah lain dan terkini, pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Makassar telah dibakar oleh penunjuk perasaan, lapor Berita RTM.

Kejadian pejabat DPRD dibakar itu difahamkan telah menyebabkan tiga orang mangsa maut.

Menurut Setiausaha Majlis Perbandaran Makassar, seorang daripada mangsa itu telah meninggal dunia di pusat perubatan selepas terperangkap dalam bangunan yang terbakar itu.

Manakala dua lagi mangsa pula maut di lokasi kejadian. Empat lagi mangsa pula sedang dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan akibat insiden terbabit.

Difahamkan juga, kebakaran pejabat tersebut juga turut mengakibatkan 87 buah kenderaan telah hangus.

Sumber: Berita RTM

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved