PM Anwar Ucap Selamat Hari Polis Ke-216

25 Mar 2023 • 11:29 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim turut menzahirkan penghargaan buat semua warga PDRM atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan kepada rakyat dan negara - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke-216, kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau turut menzahirkan penghargaan buat semua warga PDRM atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan kepada rakyat dan negara.

“Pengorbanan warga PDRM dalam menjaga dan memelihara kemanan negara akan sentiasa dikenang buat selamanya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

Hari Polis disambut pada setiap 25 Mac, dengan tema tahun ini ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.’ - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved