PM ucap selamat Hari Polis Ke-216

25 Mar 2023 • 10:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke-216, kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau turut menzahirkan penghargaan buat semua warga PDRM atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan kepada rakyat dan negara.

"Pengorbanan warga PDRM dalam menjaga dan memelihara kemanan negara akan sentiasa dikenang buat selamanya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

Hari Polis disambut pada setiap 25 Mac, dengan tema tahun ini ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.’ - Bernama