PM Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga Ramesh Rao

Politics
14 Jan 2023 • 7:38 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India di pejabat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ramesh Rao yang meninggal dunia, awal pagi tadi.

Menerusi ciapan di Twitternya, Anwar turut berharap keluarga mendiang tabah dengan pemergiannya.

“Semoga dipermudahkan urusan keluarga,” katanya.

Ramesh Rao, 52, meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya, difahamkan akibat serangan jantung.

Pada 24 Disember lepas, Ramesh Rao yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri yang menjaga kepentingan dan permasalahan masyarakat India. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved