
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai tambahan khas sebanyak RM2,500 kepada setiap mangsa banjir yang layak di Selangor.
Menurut beliau, pembayaran bantuan itu dijangka bermula 10 November 2026 bagi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat bencana berkenaan.
Anwar berkata, bantuan tersebut bertujuan membantu mangsa menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir.
Beliau memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.
Jelasnya, kaedah pelaksanaan serta syarat kelayakan bagi menerima bantuan berkenaan akan diumumkan oleh agensi pelaksana.
Baca juga:Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengarahkan supaya pelaksanaan projek tebatan banjir dipercepatkan bagi menangani kejadian banjir berulang.





