Mangsa Banjir Di Selangor Terima Bantuan Tambahan RM2,500

LocalPolitics
9 Nov 2026 • 7:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Mangsa Banjir Di Selangor Terima Bantuan Tambahan RM2,500

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan bantuan kewangan khas tambahan sebanyak RM2,500 kepada setiap mangsa banjir yang layak di Selangor bagi meringankan beban mereka susulan bencana berkenaan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyaluran bantuan tersebut dijangka bermula esok (10 November) manakala tatacara pelaksanaan serta syarat kelayakan akan dimaklumkan oleh agensi pelaksana.

Menurut beliau, bantuan tambahan itu bertujuan membantu mangsa menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir.

“Bantuan tunai khas tambahan sebanyak RM2,500 ini disediakan kepada setiap mangsa banjir yang layak di Selangor bagi meringankan beban mereka, khususnya untuk menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah,” katanya menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Dalam perkembangan sama, Anwar turut mengarahkan supaya pelaksanaan projek tebatan banjir dipercepatkan bagi menangani kejadian banjir yang berulang.

Arahan itu merupakan antara langkah kerajaan mempergiat usaha mengurangkan risiko banjir, selain meningkatkan perlindungan terhadap penduduk di kawasan yang sering terjejas akibat bencana terbabit. - Getaran, 9 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved