PM Anwar Yakin Kerajaan Perpaduan Terus Kukuh, Kekal

Politics
18 Mar 2023 • 12:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PM Anwar Yakin Kerajaan Perpaduan Terus Kukuh, Kekal

SHAH ALAM, 18 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan terus kukuh dan kekal bertahan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di sini, Anwar, yang juga Presiden parti berkata keyakinan itu bersandarkan kepada sokongan kukuh parti-parti yang bersama membentuk kerajaan sejak empat bulan lepas.

“Untuk kita mantap sebagai satu kerajaan lima tahun ini, kita perlu kerjasama padu supaya kita tumpu membetulkan kerosakan yang berlaku dan membangunkan negara dan rakyat. Usaha untuk menggugat sedikit sebanyak itu ada, tapi saya yakin Kerajaan Perpaduan akan terus kukuh dan kekal untuk lima tahun.

“Tanggungjawab kita bersama ialah menempatkan semangat perjuangan, menggilap obor reformasi dan jentera parti harus bergerak supaya agenda MADANI ini dapat diterjemahkan secara lebih serius dan bermakna,” katanya.

Kongres yang berlangsung di Stadium Malawati dekat sini dan bertemakan Malaysia MADANI, Pelaksanaan Sebuah Idealisme, turut dihadiri Timbalan Presiden Rafizi Ramli, Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan 41 wakil pejabat kedutaan asing.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved