PM arah tindakan segera tangani banjir di Selangor

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 2:44 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Bersatu PH

KUALA LUMPUR: Kerajaan menambah peruntukan serta meningkatkan kekerapan kerja pembersihan parit dan sungai bagi mengurangkan risiko banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu perlu dipercepat dengan mengambil contoh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melaksanakan pembersihan parit dan sungai sehingga enam kali setahun berbanding hanya dua kali sebelum ini.

“Keputusan ini dibuat hasil pertemuan saya dengan menteri-menteri dan Kerajaan Negeri Selangor semalam. Saya bermesyuarat di Parlimen kerana masalah yang dihadapi kesan banjir berterusan.

“Saya tidak boleh terima apabila penduduk terpaksa berdepan banjir empat hingga lima kali setahun. Walaupun paras air tidak tinggi, kesannya tetap membebankan rakyat,” katanya Ketika ditemui sejurus selesai menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah, Brickfields, hari ini.

Anwar mengarahkan semua jabatan berkaitan, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memulakan tindakan segera tanpa menangguhkan pelaksanaan kerja yang telah dipersetujui.

Beliau berkata, faktor hujan lebat dan peningkatan paras air laut mungkin sukar dikawal, namun usaha tambahan perlu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko serta beban yang ditanggung penduduk.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan tmeningkatkan bantuan kepada mangsa banjir daripada RM1,000 kepada RM2,500, manakala sumbangan Kerajaan Negeri Selangor dinaikkan daripada RM500 kepada RM3,000.

Beliau menegaskan bantuan kewangan sahaja tidak memadai untuk mengatasi kesukaran mangsa, sebaliknya tindakan pencegahan dan penyelenggaraan infrastruktur perlu dipertingkat secara berterusan. – UTUSAN

The post PM arah tindakan segera tangani banjir di Selangor appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved