Banjir lima kali setahun, saya tidak boleh terima – PM

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 5:19 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Banjir lima kali setahun, saya tidak boleh terima – PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kerajaan Selangor, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) serta agensi berkaitan supaya menyegerakan tindakan menangani masalah banjir di Selangor termasuk meningkatkan kekerapan pembersihan parit dan sungai di negeri itu.

Perdana Menteri berkata, melalui Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Banjir Negeri Selangor, semalam, beliau dimaklumkan kerajaan negeri menyediakan dana tambahan bagi kerja pembersihan itu dan Majlis Perbandaran serta Majlis Daerah diminta melaksanakannya segera.

Beliau menegaskan wujud keperluan untuk kerajaan Selangor bertindak lebih pantas dalam melaksanakan kerja pembersihan parit dan sungai sama seperti yang dilaksanakan di Kuala Lumpur.

“Proses pembersihan parit dan sungai di Kuala Lumpur itu bukan dua kali setahun tapi enam kali setahun, jadi ia dapat mengurangkan (banjir).

“Apabila berlaku empat, lima kali banjir ( di Selangor), itu membebankan (rakyat). Walaupun air tidak naik tinggi tapi jika (berlaku) sampai lima kali setahun, itu memang membebankan dan saya tidak boleh terima.

“Jadi bila kerajaan negeri tambah (dana), saya kata Kerajaan Pusat pun akan menyegerakan dan saya beritahu kepada kerajaan Selangor, JPS dan semua… mula hari ini, jangan tangguh,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, bantuan kepada mangsa banjir turut ditingkatkan daripada RM1,000 kepada RM2,500, selain RM500 daripada kerajaan negeri.

“Mulai hari ini, kita ambil tindakan sedaya upaya. Jika hujan terlalu banyak dan paras air naik, itu mungkin kurang dapat dikawal. Namun setiap langkah tambahan yang kita ambil akan mengurangkan beban rakyat,” katanya.

The post Banjir lima kali setahun, saya tidak boleh terima – PM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved