PM Australia akan berbincang dengan Petronas mengenai kerjasama tenaga - Anwar

16 Apr 2026 • 3:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (kanan) bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese menandatangani kenyataan bersama berkaitan jaminan bekalan tenaga selepas sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, hari ini. - Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Australia Anthony Albanese akan mengadakan perbincangan dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memacu kerjasama dalam bidang tenaga antara Malaysia dan Australia terutamanya dalam gas asli cecair (LNG), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kedua-dua pihak telah memberikan tanggungjawab kepada Petronas dan pihak berkuasa Australia yang berkaitan untuk meneruskan perbincangan yang lebih terperinci selepas rundingan dua hala sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama dalam mendepani cabaran tenaga global yang berterusan.

"Sebagai rakan kerjasama yang erat, Malaysia dan Australia berkongsi hubungan dua hala yang kukuh dan kami akan terus memberi keutamaan kepada perbincangan pada peringkat operasi.

"Kami telah mengadakan perbincangan dengan kepimpinan Petronas dan perbincangan lanjut yang lebih terperinci akan diteruskan,” kata beliau pada sidang media sempena lawatan rasmi Albanese ke Malaysia di sini hari ini. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved