PM bantu suami isteri lumpuh akibat strok

9 Jun 2025 • 7:15 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pasangan suami isteri yang masing-masing lumpuh akibat serangan strok.

Bantuan itu disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili Anwar ketika menziarahi pasangan berkenaan di kediaman mereka di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, kelmarin.

“Pasangan suami isteri ini diuji dengan serangan strok sehingga mengakibatkan kedua-duanya terlantar dan memerlukan penjagaan rapi oleh keluarga. Walaupun mereka terlantar, kasih dan sabar yang terpancar cukup menginsafkan kita semua.

“Bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya menyampaikan salam dan sumbangan sebagai tanda kasih, prihatin dan solidariti,” kata Ahmad Farhan menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut mendoakan pasangan itu serta ahli keluarga yang setia menjaga mereka diberikan kesembuhan, kekuatan dan ketenangan.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved