Perdana Menteri Arahkan KPT Salur Bantuan Kepada Keluarga Mangsa Nahas Bas Pelajar UPSI

LocalPolitics
9 Jun 2025 • 10:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meluahkan rasa berduka dan simpatinya terhadap kejadian nahas yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Jeli-Gerik, awal pagi tadi.

Susulan itu, beliau telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menyelaraskan bantuan buat keluarga mangsa. Jelasnya lagi, musibah mendukacitakan yang acap kali berlaku ini seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar berhati-hati dan usah terburu-buru mengejar destinasi.

“Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti”

image is not available

Dalam pada itu, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berduka cita mengenai khabar berita nahas yang melibatkan sebuah bas dan beberapa kenderaan lain itu.

“Takziah kepada semua keluarga mangsa. Kami mendoakan agar kalian diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini.”

Awal pagi tadi, media melaporkan terdapat 15 individu maut dalam sebuah kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI di Jalan Jeli-Gerik berhampiran Tasik Banding.

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.