PM bentang kertas kerja Khazanah Nasional Jumaat ini

LocalBusiness & Finance
5 Oct 2026 • 2:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PM bentang kertas kerja Khazanah Nasional Jumaat ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan kertas kerja Khazanah Nasional Bhd. mengenai forum megatrend pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

“Ia satu forum yang baik, dan saya akan membentangkan kertas kerja pertama anda mengenai megatrend itu pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini,” katanya ketika berucap pada Khazanah Megatrends Forum (KMF) 2026 di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata KMF mengupas cabaran global utama menerusi perspektif kuasa, termasuk geopolitik, perubahan iklim, demografi, ketidaksamaan dan teknologi.

Bertemakan “Who’s Got the Power? Watching the Watchmen in an Imbalanced World’, KMF 2026 merupakan satu penelitian mendalam mengenai di mana terletaknya kuasa, bagaimana ia dilaksanakan, dan bagaimana ia boleh diimbangi merentas sektor kewangan, teknologi, tenaga dan tadbir urus.

KMF membantu para peserta meneliti bagaimana perubahan global yang besar memberi kesan kepada pasaran, syarikat, dasar awam, pembangunan ekonomi dan masyarakat. – Bernama

The post PM bentang kertas kerja Khazanah Nasional Jumaat ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved