Thai Airways sambung semula semua penerbangan esok

WorldBusiness & Finance
2 Oct 2026 • 6:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Thai Airways sambung semula semua penerbangan esok

BANGKOK: Thai Airways International bersedia mengendalikan semula semua penerbangan yang dijadualkan mulai esok selepas mengurangkan operasi selama dua hari susulan kekurangan tenaga kerja.

Syarikat penerbangan itu mengurangkan 15 penerbangan pada Khamis dan sembilan lagi pada Jumaat bagi menyesuaikan operasi dengan kapasiti tenaga kerja yang tersedia.

Thai Airways berkata, langkah itu membolehkan pihaknya mengurus jadual penerbangan dengan lebih berkesan sambil mengerahkan tenaga kerja dan sumber tambahan dari seluruh bahagian operasi.

Syarikat itu turut mempercepatkan pengurusan penerbangan sebagai persediaan untuk memulihkan semua perkhidmatan yang dijadualkan esok.

Pengumuman itu dibuat susulan gangguan operasi akibat kekurangan tenaga kerja yang menyebabkan pengurangan sementara penerbangan pada semalam dan hari ini.

Thai Airways bagaimanapun tidak menyatakan penerbangan yang terjejas atau jumlah keseluruhan penerbangan yang dijadualkan pada 3 Oktober dalam pengumuman berkenaan.

Syarikat penerbangan itu akan membuka pejabat tiket di ibu pejabatnya di Jalan Vibhavadi Rangsit pada 3 dan 4 Oktober, dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Pembukaan pejabat pada hujung minggu itu bertujuan menyediakan saluran perkhidmatan tambahan kepada penumpang ketika syarikat berkenaan memulihkan semula jadual penerbangannya.

Thai Airways mengucapkan terima kasih kepada penumpang atas pemahaman dan kerjasama mereka sepanjang gangguan operasi itu, selain memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Syarikat penerbangan itu berkata pihaknya akan menilai semula pengurusan gangguan berkenaan dan menggunakan pengalaman tersebut untuk menambah baik prosedur bagi mengelakkan kesan sama terhadap penumpang pada masa akan datang.- AGENSI

The post Thai Airways sambung semula semua penerbangan esok appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved