PM Beri Sumbangan Kepada Keluarga Mangsa Pokok Tumbang

14 May 2024 • 5:36 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Md Rizal Atan, mangsa ditimpa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada 7 Mei lalu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar berkata sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Ahmad Farhan Fauzi pada Isnin.

PM beri sumbangan kepada keluarga mangsa pokok tumbang

image is not available

Foto: The Star

“Semalam, Setiausaha Politik, Ahmad Farhan Fauzi telah mewakili saya menziarahi keluarga Allayarham Md Rizal Atan yang maut ditimpa pokok tumbang pada Ahad lalu.

“Pemergian Allahyarham meninggalkan isteri dan empat orang anaknya yang berusia 9 hingga 14 tahun yang masih bersekolah,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham menerusi Farhan disamping berkata hanya tuhan sahaja yang tahu apa isi hati isteri Allahyarham.

image is not available

“Farhan sampaikan ucapan takziah bagi pihak saya kepda isteri Allahyarham yang kelihatan tenang dan tabah sepanjang pertemuan, namun pasti hanya Allah mengetahui gejolak dalam jiwanya,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut berkata pihaknya telah menyampaikan sumbangan kepada isteri Allahyarham disamping mendoakan agar urusan keluarga itu dipermudahkan.

image is not available

“Saya turut sampaikan sumbangan kepada isteri Allahyarham yang diserahkan oleh Farhan. Saya juga mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.

“Semoga semua urusan keluarganya dipermudahkan dan diberi kekuatan menempuh dugaan. Al-Fatihah,” katanya.

image is not available

Dalam kejadian 7 Mei lalu, Md Rizal yang bekerja sebagai pemandu peribadi sejak 2018 meninggal dunia ditimpa pokok tumbang ketika dalam perjalanan menjemput tetamu syarikat majikannya.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim