PM: Cadang Perumahan Rakyat Baharu Dibina Berhampiran Dengan Stesen Pengangkutan Awam

LocalPolitics
5 Jun 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Semua projek perumahan rakyat yang baharu dibangunkan,perlu dibina berhampiran stesen pengangkutan awam. Itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah itu dilihat dapat menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam di negara ini.

image is not available

"Ada cadangan untuk membangunkan perumahan di atas stesen (pengangkutan awam) itu sendiri, tetapi memerlukan pindaan-pindaan (undang-undang) tertentu dan sedang diusahakan.

"Contohnya projek Kota MADANI, yang saya tekankan kemudahan asas yang menyeluruh dan berpusat demi kebajikan rakyat termasuk pembangunan vertikal," katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri 6 di Menara Prasarana, malam tadi.

image is not available

Turut serta sebagai ahli panel ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Mohd Azharuddin Mat Sah serta Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke turut mengakui jika perumahan dapat dibangunkan berhampiran stesen pengangkutan awam, kebergantungan kepada kenderaan bersendirian boleh dikurangkan.

"Salah satu perkara yang sedang kita bincangkan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ialah penyediaan garis panduan untuk projek-projek perumahan seperti apartmen yang terletak berhampiran stesen pengangkutan awam.

"Ini termasuk pengurangan keperluan tempat letak kereta kerana mempunyai akses kepada pengangkutan awam," katanya.