PM Dan Isteri Doa Kesembuhan Segera Buat Tun Mahathir

LocalPolitics
6 Jan 2026 • 3:50 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan keafiatan serta kesembuhan segera buat Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

"Saya dan Azizah mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, Insya Allah," kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN di sini pada 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya.

Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff mengesahkan perkara itu menerusi makluman di saluran kumpulan media rasmi Dr M Media Updates di aplikasi WhatsApp hari ini.

Beliau berkata pemimpin berusia 100 tahun itu dikejarkan ke IJN oleh ambulans dan dilaporkan dalam keadaan sedar. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved