PM doakan Abdul hadi terus diberi kesihatan baik

LocalPolitics
18 Jun 2025 • 12:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar, Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang terus dikurniakan kesihatan yang baik.

Dalam kenyataan ringkas yang dikongsikan di laman X hari ini, Anwar menzahirkan doa buat Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

"Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Hj Hadi, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di laman X pagi Rabu.

Abdul Hadi dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani rawatan prosedur pembedahan jantung di IJN.

Anaknya, Dr Muhammad Khalil, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, memaklumkan bahawa rawatan yang dijalani Presiden PAS itu telah berjaya dilaksanakan. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved