PM doakan Siti Zailah segera sembuh terlibat kemalangan

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 11:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PM doakan Siti Zailah segera sembuh terlibat kemalangan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff segera diberikan kesembuhan selepas cedera dalam kemalangan di Kilometer 7, Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU), semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau turut berharap Siti Zailah,63, tabah menghadapi dugaan berkenaan dan segera dikurniakan kekuatan untuk kembali berkhidmat kepada rakyat.

Terdahulu, media melaporkan, Siti Zailah dan anak perempuannya berusia 26 tahun terbabit dalam kemalangan ketika menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran Kechau Tui.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man sebelum ini dilapor berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur bagi urusan kerja sebelum terbabit dalam kemalangan itu. – KOSMO! ONLINE

The post PM doakan Siti Zailah segera sembuh terlibat kemalangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved