
GEORGETOWN- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 Ketua Menteri Pulau Pinang di Spice Arena, Bayan Lepas di sini pada Isnin.
Anwar yang ditemani isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba dengan diiringi beberapa tetamu kehormat pada jam 2.30 petang.
Turut hadir, Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan barisan pemimpin negeri lain.
Ini adalah kehadiran pertama Anwar ke negeri asalnya setelah dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.
MENYUSUL


