Buat Kunjungan Sempena CNY, Namun Kecantikan Ragad Taib Pula Jadi Perhatian Netizen

22 Jan 2023 • 6:35 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Disamakan persis ‘Barbie Sarawak’

Buat Kunjungan Sempena CNY, Namun Kecantikan Ragad Taib Pula Jadi Perhatian Netizen. Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina di kediaman Dato Sri Foo Joo Chung di kondominium Lagenda, hari ini.

image is not available
Buat Kunjungan Sempena CNY, Namun Kecantikan Ragad Taib Pula Jadi Perhatian Netizen. Kredit foto: Utusan Sarawak

Ketibaan beliau bersama isteri pada 12 tengah hari tadi disambut meriah oleh Joo Chung diiringi dengan tarian singa.

image is not available

Namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah kecantikan isteri TYT iaitu Toh Puan Ragad Kurdi yang menggayakan Cheongsam berwarna kuning itu.

Ini antara reaksi netizen

Rata-rata netizen dilihat kagum dengan kecantikan isteri TYT Sarawak ini sehinggakan ada yang menyamakan beliau seperti ‘barbie Sarawak’.

image is not available

Turut hadir ketika memeriahkan rumah terbuka tersebut adalah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, bekas Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan tetamu jemputan yang lain.

Baca lagi artikel terkini di sini: