PM Harap Ketua Hakim Negara Galas Tugas Dengan Hikmah, Bijaksana

LocalPolitics
7 Aug 2025 • 8:26 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar Ketua Hakim Negara yang baharu dilantik, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dapat melaksanakan amanah yang dipikul dengan penuh kebijaksanaan demi membina Malaysia yang lebih adil dan maju.

Anwar berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Wan Ahmad Farid di pejabatnya hari ini, di mana perbincangan mereka menekankan kepentingan memperkukuh institusi kehakiman yang bebas, berintegriti dan diyakini rakyat sebagai tonggak negara hukum yang adil.

Dalam hantaran di Facebook, beliau turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Wan Ahmad Farid, 62, sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lepas.

Terdahulu, dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid berikrar mempertahankan kebebasan badan kehakiman, selain memberi komitmen penuh terhadap usaha penambahbaikan institusi tersebut.

— BERNAMA