PM hulur sumbangan kepada veteran polis di Pahang

LocalPolitics
6 Sep 2025 • 8:20 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang veteran Polis Diraja Malaysia di Pahang sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan beliau dalam menjaga keselamatan negara.

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Juhari Sinjak, 79, di kediamannya di Kampung Paya Keladi, Pahang.

“Walaupun beliau kini lumpuh separuh badan namun beliau tetap tabah menjalani kehidupan seharian. Ziarah MADANI ini bukan sekadar kunjungan tetapi tanda kasih dan penghargaan atas jasa serta pengorbanan beliau menjaga keamanan negara.

“Semoga bantuan kecil yang diberikan, sedikit sebanyak meringankan beban di samping menjadi bukti bahawa pengorbanan para veteran sentiasa kita hargai dan tidak pernah dilupakan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook semalam yang turut dikongsikan oleh Perdana Menteri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved