PM hulur sumbangan kepada veteran PDRM, Juhari Sinjak di Pahang

LocalPolitics
5 Sep 2025 • 11:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Farhan menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri kepada Juhari di kediamannya di Kampung Paya Keladi, Pahang. - Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang veteran Polis Diraja Malaysia di Pahang sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan beliau dalam menjaga keselamatan negara.

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Juhari Sinjak, 79, di kediamannya di Kampung Paya Keladi, Pahang.

"Walaupun beliau kini lumpuh separuh badan namun beliau tetap tabah menjalani kehidupan seharian. Ziarah MADANI ini bukan sekadar kunjungan tetapi tanda kasih dan penghargaan atas jasa serta pengorbanan beliau menjaga keamanan negara.

"Semoga bantuan kecil yang diberikan, sedikit sebanyak meringankan beban di samping menjadi bukti bahawa pengorbanan para veteran sentiasa kita hargai dan tidak pernah dilupakan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini yang turut dikongsikan oleh Perdana Menteri. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved