PM Islamkan Saudara Baharu Di Klang

18 Aug 2023 • 8:55 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan seorang penduduk selepas selesai solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimiah, Klang hari ini. gambar Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki melalui pengalaman istimewa apabila pengislamannya hari ini dilakukan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengislaman lelaki berkenaan, dipercayai penduduk di Klang, berlangsung selepas solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimiah, Klang.

Dalam video berdurasi 1 minit 26 saat yang dimuat naik ke aplikasi tiktok oleh pemilik akaun @jason.yew, turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaik lafaz syahadah dibacakan, ia disambut dengan laungan Allahuakbar oleh jemaah dan saksi lain yang berada di dalam masjid berkenaan.

Rakaman video itu kemudian menjadi tular sehingga menerima 5,466 tanda suka dengan 551 perkongsian dan 396 komen selepas tiga jam dimuat naik di TikTok. 

@jason.yew PM Anwar Ibrahim mengIslamkan saudara baharu di Masjid Ar-Rahimiah, Klang #islam #PMX #anwaribrahim #MalaysiaMADANI #kerajaanperpaduan #KEADILANuntukSemua ♬ original sound - JASON Update

Rata-rata pengguna aplikasi berkenaan melahirkan keterujaan, selain kagum dengan pemimpin nombor satu negara itu. 

Terdahulu Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan, selepas beliau menziarahi waris mangsa nahas pesawat yang terhempas berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, petang semalam. – Getaran, 18 Ogos 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved