“Saya tak malu”- [VIDEO] Bapa Rela Datang Sekolah Berpakaian Wanita Sambut Hari Ibu Bersama Anak

Entertainment
17 Aug 2023 • 4:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semua sedia maklum, Hari Ibu disambut demi menghargai jasa dan segala penat lelah seorang wanita yang membesarkan kita. Berlainan di Malaysia, sambutan Hari Ibu di Thailand disambut pada 12 Ogos setiap tahun.

Sempena sambutan hari istimewa itu, seorang lelaki di Thailand mencuri perhatian apabila tampil berpakaian wanita seperti seorang ibu ketika sambutan Hari Ibu anak perempuannya di sekolah.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, bapa yang dikenali sebagai Joe Lookphonbodee memakai dress dan rambut palsu sedang berpelukan dengan penuh kasih sayang bersama anaknya.

@joey_kp

“แม่” ฉันก็เป็นให้แกได้555

♬ เป็นทุกอย่าง – Room 39

Menurut laporan Bangkok Biz News, pelajar perempuan itu sebenarnya adalah anak angkat lelaki tersebut.

Joe sudah menganggap anak angkatnya sebagai anak kandung sendiri, begitu juga pelajar yang bernama Cream menganggap Joe sebagai bapanya.

Pada awalnya, Joe dan anaknya hanya membincangkan rancangan mereka untuk menyambut Hari Ibu. Disebabkan tidak mahu anaknya tersisih, dia memutuskan untuk berpakaian sebagai seorang wanita untuk sambutan tersebut.

“Apabila pihak sekolah menganjurkan aktiviti Hari Ibu, saya tidak mahu anak saya merasa rendah diri. Secara peribadi, saya tidak malu untuknya kerana sayangkan anak saya,” katanya.

Penampilan Joe berpakaian seorang wanita telah membuatkan anaknya berasa terharu dan ramai netizen memuji keberanian lelaki itu.

image is not available

Semoga Joe mampu membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang dan berjaya!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.