PM merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun Keputeraan Sultan Selangor

LocalPolitics
11 Dec 2024 • 4:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-79 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

“Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya,“ kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta seluruh Kerabat Diraja terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.

Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, baginda turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 94 penerima hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved