Pemain bola sepak Selangor, Faisal Abdul Halim menerima Darjah Kebesaran Ahli – Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor pada Rabu.
Faisal antara 17 penerima AIS pada istiadat yang telah berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Sempena Hari Keputeraan itu juga, Sultan Sharafuddin turut berkenan menganugerahkan Ahli Kegemilangan Sukan Selangor kepada pemain bowling negara, Natasha Mohamed Roslan.
Dalam pada itu, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey, meluahkan rasa syukur dengan pengurniaan anugerah tersebut.
“Merafak sembah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, diatas pengurniaan anugerah ini.
“Patik dengan rendah diri merasa penuh syukur dan terharu menerima penghargaan ini.
“Saat ini akan patik kenang selamanya dan pastinya akan menjadi satu motivasi baru untuk patik terus bekerja keras dan memberikan yang terbaik buat semua,” tulisnya.
The post Faisal Halim terima Darjah Kebesaran Ahli daripada Sultan Selangor appeared first on The Reporter.




