Tanah Runtuh: 2 Meninggal Dunia, Tiga Cedera

16 Dec 2022 • 9:09 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, pagi tadi. - Gambar dari media sosial

KUALA LUMPUR - Dua disahkan meninggal dunia, manakala tiga cedera dan 51 masih belum ditemui dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor awal pagi ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, sejumlah 79 orang mangsa terlibat dengan kejadian itu.

image is not available
Tapak perkhemahan di Father Organic Farm.

image is not available
Tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik itu telah menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

“Seramai 23 orang selamat, dua orang meninggal dunia, tiga orang cedera dan 51 orang masih tidak ditemui.

“Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan JBPM serta dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pasukan SMART.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved