PM, Perbendaharaan Bincang Belanjawan 2023

Politics
29 Dec 2022 • 8:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Perbendaharaan di Putrajaya bagi membincangkan mengenai Belanjawan 2023. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Perbendaharaan di Putrajaya, hari ini, antara lain untuk membincangkan mengenai Belanjawan 2023.

Anwar memaklumkan beliau mengadakan perjumpaan itu bersama Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Johan Mahmood Merican, dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, tengah hari tadi.

“Kami menelaah serta menekuni urusan Perbendaharaan terutamanya soal rakyat dan Belanjawan 2023 yang akan datang, selain menyelesaikan urusan kerajaan sebelum melangkah ke tahun baharu 2023,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan perpaduan dijadual membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari tahun depan.

Mengesahkan perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, bajet tersebut akan dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau, tiga minggu diperuntukkan bagi keseluruhan proses pembentangan Bajet 2023 termasuk perbahasan sebelum diluluskan.

Johari berkata, persidangan Dewan Rakyat akan bermula 13 Februari depan dan berlangsung selama 29 hari.

Katanya, mesyuarat pertama Parlimen ke-15 akan membuka tirainya dengan titah ucapan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada 20 Disember lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 - Getaran, 29 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved