PM pertama rasmikan Kaamatan jadikan sambutan istimewa

8 Jun 2023 • 4:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata sambutan Kaamatan tahun ini mencipta sejarah yang pelbagai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pertama yang menghadirinya.

Katanya, kehadiran Perdana Menteri membawa kebanggaan dan keterujaan kepada rakyat Sabah khususnya masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR).

“Kaamatan adalah festival yang berjaya mengangkat martabat budaya dan adat resam masyarakat KDMR di Sabah, dan kami berbangga kerana Sabah juga dikenali dunia kerana menganjurkan acara Kaamatan ini.

“Justeru itu, rakyat Sabah khususnya masyarakat KDMR rasa bangga dan teruja dengan kehadiran Perdana Menteri hari ini.

SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more “Ini adalah satu lagi detik bersejarah dalam sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri. Bukan mudah untuk ada pemimpin Nombor Satu negara yang sentiasa sibuk dengan jadual yang sangat padat, hadir bersama kita di dewan KDCA yang terkenal ini,” katanya, disambut tepukan gemuruh pada majlis penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2023 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA, Penampang pada 31 Mei lalu.

Majlis itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun (Dr) Juhar Mahiruddin dan isterinya Toh Puan (Dr) Hajah Norlidah RM Jasni. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pesta Kaamatan Negeri 2023, Presiden KDCA Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, anggota Kabinet Negeri yang lain serta pemimpin negeri dan orang ramai.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan kepada program kebudayaan dan sosial kerana ia berusaha untuk mengeratkan silaturahim, menyatupadukan rakyat dan mengeratkan hubungan masyarakat demi kesejahteraan dan keharmonian Negeri.

“Dalam konteks Pesta Kaamatan, walaupun disambut oleh masyarakat KDMR, ia turut disambut oleh semua lapisan masyarakat di Sabah. Amalan ‘kongsi raya’ atau perayaan kebudayaan oleh semua kaum merupakan keunikan kita di Sabah yang perlu dikekalkan selaras dengan konsep Malaysia Madani.

“Marilah kita bersama-sama memelihara dan meningkatkan perpaduan, toleransi dan semangat kekitaan yang tinggi sesuai dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’.

“Tema ini selaras dengan konsep Malaysia Madani yang matlamatnya adalah untuk membentuk sebuah negara yang makmur, maju dan progresif; politik dan ekonomi kukuh, Kerajaan adil dan saksama, dan negara makmur dan bahagia,” katanya.

Beliau berkata hanya dengan kestabilan dan perpaduan sesebuah negara dan rakyatnya boleh maju ke hadapan, sekali gus dihormati masyarakat antarabangsa.

“Perpaduan dan kepelbagaian masyarakat etnik, budaya dan kepercayaan agama di Sabah adalah aset penting yang perlu dipelihara dan dipertahankan oleh rakyat Negeri ini sepanjang masa.

Keharmonian dan kesenian dan budaya yang berwarna-warni di Sabah menjadikan Negeri ini unik dan istimewa, selain mempunyai keindahan alam semula jadi yang pastinya menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong dari dalam dan luar negara.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.