PM rafak sembah tahniah sempena Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis

LocalPolitics
17 Apr 2025 • 10:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda hari ini.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar mendoakan ke hadrat ALLAH SWT semoga Tuanku Syed Sirajuddin serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

"Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perlis Indera Kayangan dengan adil dan saksama. Daulat Tuanku," kata beliau. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved