

Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata operasi LRT3 dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahad ini.
"Majlis perasmian (LRT3) akan dibuat Ahad ini dan operasi akan mula berkuat kuasa keesokan harinya," katanya pada sidang media Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bandar Tasik Selatan.
Sumber BERITA HARIAN



