LRT3 Shah Alam Rasmi Beroperasi, Dibuka Kepada Orang Ramai Bermula 29 Jun

LocalPolitics
22 Jun 2026 • 6:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selepas sekian lama dinantikan, Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam akhirnya akan mula beroperasi sepenuhnya pada 29 Jun ini.

Perasmian akan dibuat pada Sabtu

Memetik laporan daripada Harian Metro, pengumuman itu dibuat Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fong yang memaklumkan majlis pelancaran rasmi perkhidmatan tersebut akan berlangsung pada Sabtu ini dan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, majlis berkenaan akan diadakan di depot projek LRT3 dan turut melibatkan kehadiran wakil media.

“Upacara pembukaan rasmi (LRT3) akan berlangsung di depot projek berkenaan.
“Semua wakil media akan dijemput secara rasmi bagi majlis itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bandar Tasik Selatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Image from: LRT3 Shah Alam Rasmi Beroperasi, Dibuka Kepada Orang Ramai Bermula 29 Jun

Dalam perkembangan lain, Anthony turut berharap Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 yang dijadual dibahaskan di Dewan Rakyat esok dapat diluluskan.

Beliau menyatakan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan itu akan dibentangkan untuk perbahasan sebelum diputuskan oleh Ahli Parlimen.

“Harap ia dapat diluluskan dan dilaksanakan dalam kadar segera,” katanya.

Mengulas mengenai gangguan perkhidmatan membabitkan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling baru-baru ini, Anthony memaklumkan siasatan masih dijalankan dan maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kami akan memberikan maklumat lanjut mengenainya dalam masa terdekat,” katanya.

Image from: LRT3 Shah Alam Rasmi Beroperasi, Dibuka Kepada Orang Ramai Bermula 29 Jun

Sebelum ini, perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling dilaporkan mengalami gangguan selepas sebuah tren tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin.

Insiden itu berpunca daripada kerosakan pada suis landasan, namun kesemua 25 penumpang yang berada dalam tren tersebut dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)

The post LRT3 Shah Alam Rasmi Beroperasi, Dibuka Kepada Orang Ramai Bermula 29 Jun appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved