PM sampaikan ucaptama pada sesi Plenari ASEAN sempena WEF di Davos malam ini

22 Jan 2025 • 5:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar dijadual menyampaikan ucaptama pada Sesi Awam Peringkat Tinggi: Pleno ASEAN bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland, 9 malam ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama pada Sesi Awam Peringkat Tinggi: Pleno ASEAN bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland, 9 malam ini.

Menurut hantaran di media sosial beliau, ucaptama bertajuk ASEAN-Even Stronger Together ini akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook Bernama dan RTM serta siaran Astro Awani.

"Insya-Allah, saya akan mengupas keutamaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini, serta peranan penting ASEAN dalam membentuk landskap ekonomi global,” menurut hantaran itu.

Anwar kini sedang dalam lawatan kerja tiga hari menghadiri WEF 2025, yang merupakan penyertaan sulung beliau sejak menjadi Perdana Menteri pada 2022.

Malaysia secara rasmi mengambil peranan sebagai Pengerusi ASEAN bermula 1 Januari 2025 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, mencerminkan aspirasi negara untuk membentuk ASEAN yang bersatu dan makmur.

Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved